PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya bekalan minyak masak paket di Johor tidak cukup.
SEBENARNYA:
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menasihatkan pengguna agar tidak membuat pembelian minyak masak paket secara panik memandangkan bekalan bahan itu di negeri Johor adalah mencukupi.
Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, isu kekurangan minyak masak paket sebagaimana yang dilaporkan baru-baru ini tidak timbul kerana masalah itu tidak berlaku seperti didakwa.
“Di negeri Johor, terdapat lebih 4,700 tan metrik minyak masak dalam simpanan yang boleh dibekalkan kepada pengguna.”
SUMBER :
Utusan Online