Jabatan Kastam Jual Barang Rampasan Gitar Martin Secara Atas Talian?

TULAR:
849

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan penjualan barang rampasan satu gitar jenama ‘Martin’ melalui sebuah laman web.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) menafikan penglibatan JKDM dengan sebarang aktiviti penjualan gitar jenama Martin seperti yang dinyatakan oelh pihak-pihak tidak bertanggungjawab menerusi satu paparan berbahasa Mandarin bertajuk “Jabatan Kastam Mengadakan Jualan Diskaun, Gitar Terbaik Dunia,Gitar Jelajah Martin.”

Adalah ditegaskan bahawa pihak Kastam tidak pernah membuat penjualan barang-barang rampasan kepada orang awam melalui pihak ketiga.

SUMBER :

Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI