Kakitangan Puspakom Terlibat Lumba Haram Di Ipoh?

TULAR:
846

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa seorang kakitangan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) terlibat dalam kegiatan lumba haram dan ditahan polis di Ipoh, Perak.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menafikan dakwaan seorang mekaniknya ditahan kerana terlibat dalam kegiatan lumba haram dalam satu operasi polis.

Berdasarkan pengesahan maklumat dari Jabatan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh dan siasatan yang dilakukan Puspakom, nama mekanik Puspakom yang dilaporkan itu tiada dalam sistem data kakitangan Puspakom.

Kenyataan itu sekaligus menjelaskan tiada kakitangan Puspakom yang ditahan seperti didakwa dan dilaporkan pelbagai media.

 

SUMBER:

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI