ASB Mempunyai Aplikasi Di Google Play Store?

TULAR:
1595

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya terdapat aplikasi internet di “Google Play Store” di bawah nama “ASB PNB ASNB”, dan “ASB Kalkulator” (“Aplikasi”) yang menyalahgunakan nama dan logo AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB).

Sumber gambar: play.google.com

SEBENARNYA:

ASNB, selaku pengurus kepada ASB dan bagi pihak pemegang amanah, AmanahRaya Trustees Berhad (“Pemegang Amanah”), ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pihak ASNB telah mengenal pasti bahawa terdapat aplikasi internet di “Google Play Store” di bawah nama “ASB PNB ASNB”, dan “ASB Kalkulator” (“Aplikasi”) yang menyalahgunakan nama dan logo ASB iaitu salah satu tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB. ASNB adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Aplikasi tersebut memberikan tanggapan bahawa ia adalah aplikasi rasmi bagi pihak PNB
dan ASB dan kononnya menawarkan perkhidmatan semakan informasi ASB, ASNB dan
PNB. Pihak ASNB tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pernah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dengan Aplikasi tersebut. Logo PNB, ASB dan ASNB yang
tertera di laman Aplikasi tersebut di Google Play Store juga telah digunakan tanpa
kebenaran ASNB.

Sehubungan dengan itu, pihak ASNB ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa
Aplikasi ini dan isi kandungan yang dinyatakan di dalam Aplikasi tersebut adalah tidak
diiktiraf dan ia beroperasi tanpa pengetahuan dan kebenaran dari pihak Pemegang
Amanah, ASNB dan PNB.

 

SUMBER:

Laman Rasmi ASNB

Facebook Rasmi ASNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI