‘Pegawai Kastam’ Tuntut GST Di Premis Perniagaan?

TULAR:
478

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai pegawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)untuk mengutip cukai.

Sumber gambar: Malaymail.


Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam,  orang ramai boleh meminta ‘pegawai kastam’ berkenaan memperlihatkan kad kuasa mereka, kerana setiap pegawai mempunyai kad kuasa. Sekiranya gagal mengeluarkan kad kuasa bermakna mereka menyamar.

Kata beliau lagi, JKDM tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi membuat pembayaran terus kepada pegawai bertugas, sebaliknya hanya boleh dibuat di kaunter pejabat JKDM atau secara dalam talian.

SUMBER :

Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Bernama

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI