PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, YB Najib Razak akan ditahan pada 26 Jun 2018.
SEBENARNYA:
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyangkal perkara itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyatakan perkara sama apabila Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya tidak bercadang membuat serbuan atau menangkap Datuk Seri Najib pada masa ini.