PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu syarat baharu bagi pihak yang ingin meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu ibu bapa peminjam tersebut haruslah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
SEBENARNYA:
Dalam satu kenyataan, PTPTN menjelaskan berhubung syarat baharu pinjaman PTPTN tular di media sosial yang menyatakan bahawa telah ada satu syarat baharu untuk sesiapa yang mahu meminjam PTPTN iaitu ibu bapa mestilah penerima BR1M adalah tidak benar.
Pembiayaan pengajian PTPTN terbuka kepada semua pelajar yang berhasrat menyambung pengajian di IPT tanpa mengira pendapatan keluarga termasuk penerima BR1M atau sebaliknya.
SUMBER:
Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional