Bayi Dicampak Dari Tingkat Dua Bangunan Di Hentian Kajang Meninggal Dunia?

TULAR:
1006

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kematian bayi lelaki yang dicampak ibunya dari dua tingkat.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Penularan mengenai kematian bayi lelaki yang dicampak ibunya dari tingkat dua belakang sebuah restoran di Kajang disahkan palsu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah ketika dihubungi berkata, sehingga pukul 2.30 petang (26 Jun 2018), bayi terbabit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Kajang.

Beliau berkata, “Saya difahamkan bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan status di media sosial yang tersebar mengatakan bayi itu sudah meninggal dunia adalah tidak benar. Gambar bayi yang digunakan juga bukan gambar mangsa.”

SUMBER:

Utusan Malaysia

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI