PALSU :
Tersebar luas di media sosial dakwaan kononya terdapat beras plastik dijual di sebuah pasar raya di Johor.
Gambar hiasan. Sumber : Berita Harian
SEBENARNYA :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menolak dakwaan di laman sosial kononnya beras plastik dijual di sebuah pasar raya, di Johor.
Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, susulan kenyataan seorang pengguna yang mendakwa membeli Beras Wangi Siam lima kilogram (kg) jenama pasar raya disyaki beras plastik, siasatan telah dibuat.
Menurut beliau, hasil laporan daripada Jabatan Kimia, KPDNKK Johor mendapati isi kandungan sampel beras yang dihantar adalah beras asli dan tiada bendasing (plastik) dikesan. Ini dengan sendirinya menolak isu beras yang menjadi viral di media sosial dan pengguna tidak perlu resah terhadap beras yang disyaki diperbuat daripada plastik
SUMBER :