Eksport Komoditi Malaysia Ke Filipina Terjejas?

TULAR:
768

PENJELASAN :

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur memperjelaskan dakwaan bahawa aktiviti eksport komoditi Malaysia ke Filipina terjejas ekoran situasi di negara jiran itu yang berdepan dengan isu keselamatan di Mindanao.

Gambar hiasan. Sumber: news.abs-cbn.com

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, eksport komoditi ke negara itu adalah tidak terjejas.

Beliau berkata sebagai contoh, eksport tepung ke Filipina oleh Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd yang membekalkan lebih 75,000 tan tepung ke seluruh Malaysia dan Filipina pada setiap tahun, masih berjalan seperti biasa.

“Situasi keselamatan kini menekan pelbagai pihak terutamanya syarikat yang mempunyai perjanjian dalam hubungan niaga antara dua negara ini.

“Tetapi, kerajaan Filipina juga membantu dalam aspek keselamatan agar penghantaran bekalan masuk ke negara itu tidak terganggu, asalkan syarikat terbabit mengikut peraturan yang ditetapkan termasuk kapal menggunakan laluan yang diwartakan,” kata beliau.

SUMBER :

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI