PLUS Tawar Rebat Aidilfitri?

TULAR:
99

PENJELASAN :

Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperjelaskan laporan berita bahawa pihaknya ada menawarkan rebat tol kepada pengguna sempena Aidilfitri ini.

Sumber gambar: MStar.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menawarkan rebat tol sebenyak 30 peratus kepada pengguna rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Aidilfitri. Ianya akan diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer di semua lebuh raya kendalian PLUS selama enam hari iaitu pada 19, 20, 21, 28, 29 Jun dan 3 Julai ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata penawaran rebat 30 peratus adalah untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles manakala rebat 10 peratus pula diberikan untuk semua transaksi elektronik lain termasuk pengguna kad Touch ”n Go pada tarikh-tarikh tersebut.

Beliau berkata pada tarikh-tarikh itu, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa tetapi rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch ”n Go atau PLUSMiles dalam bentuk tambah nilai apabila pengguna menambah nilai kad mereka antara 15 Julai hingga 14 Oktober 2017 di pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI