Bonus Tiga Bulan Gaji Buat Penjawat Awam Negeri Kedah?

TULAR:
345

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan negeri Kedah bakal memberi bonus tiga bulan gaji kepada lebih 3000 orang penjawat awam di negeri Kedah.

 

Sumber gambar: New Straits Times.

SEBENARNYA :

Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada 5,000 penjawat awam negeri Kedah seperti yang tular di media sosial.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata,” Ini tak logik dan tak rasional langsung. Negeri lain pun tak bagi, Selangor pun dua bulan setengah. Mereka yang buat kenyataan ini tidak patut buat dalam bulan puasa ni. Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah di Kedah ini (bagi tiga bulan bonus).

Datuk Seri Ahmad Bashah turut berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju memberi bonus  RM500 kepada penjawat awam negeri dan juga  RM250 kepada pesara yang akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat Exco.

 

SUMBER:

Laman Rasmi Kerajaan Kedah 

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI