Tiga Kamera AES Bakal Dipasang di Miri, Sarawak pada 2017?

TULAR:
358

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya tiga kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di tiga lokasi di Miri, Sarawak pada 2017.

Gambar hiasan. Sumber: Utusan Malaysia

SEBENARNYA:

Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan laporan tentang dakwaan tiga kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di tiga lokasi di Miri, Sarawak pada 2017.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, pihaknya hanya mengenal pasti tujuh lokasi baharu sistem AES yang digabungkan dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) bagi membentuk Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), yang berkuatkuasa sejak 15 April lepas, di Semenanjung Malaysia.

Menurut Kementerian, “Laporan yang menyatakan bahawa terdapat 831 unit kamera akan dipasang di seluruh negara dengan 18 unit daripadanya akan dipasang di negeri Sarawak juga adalah tidak benar.”

SUMBER:

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI