Cukai Pelancongan Ditangguhkan?

TULAR:
120

PENJELASAN:

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac) memperjelaskan laporan bahawa cukai pelancongan akan ditangguhkan, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Straits Time.

Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan mulai 1 Julai 2017.

Dengan itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

Beliau berkata, pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI