Penolakan Pemberian Kewarganegaraan Tanpa Alasan oleh Kerajaan?

TULAR:
1269

PENJELASAN :

Jabatan Pendaftaran Malaysia memperjelaskan dakwaan beberapa pihak bahawa permohonan kewarganegaraan dan daftar kelahiran pemohon telah ditolak tanpa dinyatakan alasan oleh jabatan berkaitan, sepertimana yang telah tular di media sosial.

Sumber gambar: Onestopilmu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Yazid Ramli, penganugerahan kewarganegaraan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif kerajaan persekutuan tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, beban untuk membuktikan kelayakan memperoleh kewarganegaraan itu adalah tanggungjawab pemohon. Tambahnya, permohonan kewarganegaraan ditolak atas beberapa sebab antaranya tidak memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kewarganegaraan yang meliputi tempoh bermastautin di negara ini,  mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang asas/mencukupi/memadai, dan berniat untuk bermastautin secara tetap di Malaysia.

Sebab lain ialah dokumen perlu tidak dikemukakan dengan sewajarnya selain terdapat percanggahan atau keraguan dalam maklumat semasa soal siasat dijalankan

Mohd Yazid turut menjelaskan sebab penolakan tidak dinyatakan dalam surat keputusan adalah kerana maklumat itu adalah sulit selain menjaga kerahsiaan negara atas tujuan keselamatan.

SUMBER:

Facebook Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI