Penyakit Hawar Berdarah Jangkiti Lembu, Selamatkah Makan Daging?

TULAR:
1022

PENJELASAN :

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperjelaskan dakwaan bahawa daging lembu adalah tidak lagi selamat dimakan ekoran penyakit hawar berdarah yang kini mengjangkiti lembu, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Mstar.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, pihaknya telah mengambil tindakan membendung penyakit hawar berdarah daripada merebak membabitkan lembu dan kerbau di Terengganu.

Katanya lagi, pengguna tidak perlu berasa gusar dan panik membeli daging lembu serta kerbau yang dijual di pasar di seluruh negara kerana ia dijamin selamat untuk dimakan.

Ujarnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah melakukan tindakan pencegahan dengan memvaksin kedua-dua jenis haiwan ternakan itu.

SUMBER :

Bernama

Astro Awani

Mstar

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI