Makluman: Malaysia Perkukuh Diplomasi Ekonomi Global Dalam Sektor Mineral Kritikal

TULAR:
2

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES):

Malaysia terus memperkukuh hubungan antarabangsa dan meneroka peluang kerjasama baharu dalam sektor mineral kritikal bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, mengadakan siri pertemuan strategik bersama pemimpin dan wakil kerajaan semasa lawatan kerja ke Peru bersempena Kongres Perlombongan Sedunia (WMC) 2026.

Pertemuan tersebut bertujuan memperluaskan kerjasama dalam pembangunan sektor mineral kritikal, rantaian bekalan, pemprosesan hiliran, pemindahan teknologi serta pelaburan yang mampu meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.

Menurut NRES, hubungan antarabangsa yang kukuh dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan berkualiti tinggi, mempercepat pembangunan teknologi, memperkasa industri tempatan dan mewujudkan rangkaian perdagangan global yang lebih berdaya saing.

Kementerian turut menegaskan komitmennya untuk memastikan sumber asli negara diurus secara bertanggungjawab, mampan dan memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

SUMBER:

Facebook Rasmi NRES

Instagram Rasmi NRES

X Rasmi NRES


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI