Makluman: Program Khas Pengakuan Sukarela Duti Setem Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2026

TULAR:
5

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL):

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa tempoh pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) Duti Setem 2026 dilanjutkan selama enam bulan, bermula 1 Julai 2026 hingga 31 Disember 2026.

Pelanjutan ini bertujuan menggalakkan pembayar duti membuat penyeteman secara sukarela, di samping memberi lebih masa kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS).

Menurut HASiL, inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan tahap pematuhan terhadap peruntukan di bawah Akta Setem 1949 serta mengurangkan ketidakpatuhan berkaitan penyeteman dokumen.

Pembayar duti yang masih belum menyempurnakan proses penyeteman dan pembayaran duti setem disaran mengambil peluang sepanjang tempoh pelanjutan ini.

Di bawah PKPS Duti Setem 2026, surat cara yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025 layak dipertimbangkan untuk pengecualian penalti, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh HASiL.

SUMBER:

Facebook Rasmi HASiL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI