
Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.
Penurunan ini mencerminkan perkembangan pasaran minyak global yang lebih menggalakkan, susulan penyederhanaan harga minyak mentah global dan perkembangan lebih positif dalam konflik di Asia Barat.
Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 adalah :
RON97
25 sen kepada → RM4.10 seliter
RON95 tanpa subsidi
25 sen kepada → RM3.47 seliter
RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal RM1.99 seliter
Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
Diesel Semenanjung Malaysia
30 sen kepada RM4.07 seliter
Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
Diesel Sabah, Sarawak & Labuan kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.
SUMBER:






