Makluman: Kerajaan Tegaskan Lawatan Rasmi Ke Luar Negara Dilaksana Secara Berhemah

TULAR:
2

Menurut Kementerian Kewangan (MOF):

Kementerian Kewangan (KKM) memaklumkan bahawa langkah kerajaan memperketat pelaksanaan lawatan rasmi ke luar negara adalah sebahagian daripada usaha pengurusan kewangan yang berhemah dan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut kementerian, penjimatan perbelanjaan hasil langkah tersebut akan digunakan bagi membantu menampung peningkatan kos subsidi susulan kenaikan harga minyak dunia, di samping memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan.

Kerajaan menegaskan bahawa lawatan rasmi yang melibatkan kepentingan strategik negara, termasuk urusan berkaitan kesihatan, pendidikan, pelaburan dan hubungan antarabangsa, masih diteruskan mengikut keperluan.

Dalam sektor kesihatan, langkah penjimatan ini tidak menjejaskan perancangan kerajaan untuk memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat. Bagi tahun 2026, lebih 18,000 petugas kesihatan akan dilantik merangkumi 4,500 pegawai perubatan, lebih 3,500 jururawat dan hampir 1,000 penolong pegawai perubatan, selain pelbagai jawatan lain. Peruntukan turut disediakan bagi pembelian ubat-ubatan, peralatan perubatan serta latihan kepakaran lanjutan.

Kementerian turut menjelaskan bahawa lawatan rasmi dinilai berdasarkan kepentingan dan hasil yang dicapai, bukan semata-mata berdasarkan jumlah perjalanan. Pendekatan ini bertujuan memastikan setiap perbelanjaan kerajaan memberi pulangan yang optimum kepada negara serta terus melindungi kebajikan rakyat.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI