PENJELASAN:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan bercadang untuk menutup Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menutup Bernas, malah mengiktiraf peranan dimainkan syarikat itu selama ini dalam memajukan bidang pertanian negara.
Tegas beliau, kerajaan hanya berhasrat mengurangkan monopoli Bernas terhadap pengeluaran beras dengan cara turut memberi lesen sama kepada beberapa syarikat lain.
Beliau menjelaskan, “Ada yang salah faham, kita bukan nak hapuskan Bernas cuma setelah masa berlalu, kita lihat ada beberapa masalah dan keperluan untuk pecahkan monopoli Bernas, dan buka kepada syarikat lain”.