Pil Kuruskan Badan Mengandungi Racun Berjadual?

TULAR:
716

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk pil menguruskan badan seperti berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual:

Sumber gambar: KKM.

Kementerian Kesihatan Malaysia menambah, hasil siasatan awal terhadap aduan orang ramai berkenaan produk-produk kesihatan dipasarkan meluas secara di atas talian ini mendapati, produk kesihatan Carboflex, Oilflex dan produk tradisional ATC Herbs telah dikesan mengandungi racun berjadual.

Justeru, sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta disebabkan kesan kemudaratan penggunaan produk ini terhadap kesihatan tubuh badan.

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI