PALSU :
Tular di media sosial yang mempersoalkan status halal produk bihun Cap Masjid.
SEBENARNYA :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, bahawa ‘Bihun Istimewa’ cap Masjid keluaran sebuah kilang di Kuala Lumpur tidak mempunyai sijil halal yang sah.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.