Van Putih Berplat Negara Jiran Mencari Mangsa Untuk Mendapatkan Organ?

TULAR:
2388

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang warga Thailand telah ditahan bersama van putih yang dikaitkan dengan kes penculikan di sempadan serta penemuan kanak-kanak yang diculik untuk tujuan penjualan organ.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Penyebaran maklumat melalui media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat van putih yang menggunakan plat negara jiran sedang berkeliaran dan akan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ di kawasan Selangor terutamanya daerah Sabak Bernam adalah tidak benar dan palsu semata-mata.

Polis Selangor menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut dan maklumat tersebut cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran maklumat tersebut.

SUMBER :

Facebook Polis Selangor

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI