PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) ada melantik individu bagi menguruskan pencalonan dan pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat (DKBP) Persekutuan, serta urusan mengemas kini senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri dalam sistem semakan di laman web BIUPA.
SEBENARNYA:
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA, JPM) tidak pernah melantik mana-mana individu atau pun pihak ketiga bagi urusan pencalonan dan pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat (DKBP) Persekutuan. Ini termasuklah urusan mengemas kini senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri dalam sistem semakan di laman web BIUPA.
Senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri di laman web Jabatan ini adalah seperti mana yang telah diwartakan di peringkat Persekutuan dan Negeri masing-masing. Hanya senarai nama yang telah diwartakan dan dibekalkan oleh pihak
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja dimuat naik ke sistem semakan tersebut.
Di samping itu, urusan pencalonan dan pengurniaan DKBP peringkat Negeri diurusetiakan sepenuhnya oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.
SUMBER:
Portal Rasmi Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa