Majikan Sektor Swasta Boleh Disiasat Dan Dikenakan Tindakan Jika Memberhentikan Pekerja Wanita Yang Cuti Bersalin 90 Hari?

TULAR:
1232
Gambar hiasan.Sumber : Pexels

PENJELASAN:

Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap majikan sektor swasta memberhentikan pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari.

Sumber gambar: Facebook

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata majikan di sektor swasta boleh disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya memberhentikan pekerja wanita yang mengambil cuti bersalin 90 hari.

Beliau berkata ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa rakyat atau individu mempunyai hak sama rata dalam mengamalkan kehidupan termasuk alam pekerjaan.

Menurut beliau, “Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja wanita hamil, mereka telah memberi banyak sumbangan dan majikan pula hidup dibantu pekerja sendiri.”

SUMBER:

Bernama

Facebook Bernama Radio

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI