Rusuhan Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka?

TULAR:
581

PENJELASAN:

Pihak polis memperjelaskan laporan bahawa terdapat sekumpulan lelaki merusuh di kawasan letak kenderaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, rusuhan itu merupakan sebahagian daripada latihan simulasi persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dilaksanakan di setiap negeri sebagai persiapan awal menghadapi ancaman keselamatan orang awam.

Katanya, seramai 45 anggota dan pegawai terlibat dalam latihan tersebut demi meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan polis.

“Latihan ini akan diteruskan sehingga malam ini di beberapa lokasi sekitar Melaka,” katanya.

SUMBER: 
Facebook Polis Diraja Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI