Tawaran Murah Jualan Barang Rampasan?

TULAR:
523
Sumber gambar : PDRM

WASPADA :

Orang ramai diminta berwaspada dengan individu atau sindiket yang menghebahkan tawaran barangan rampasan dengan harga murah yang kononnya diperoleh dari agensi-agensi kerajaan.

Sumber gambar : PDRM

Antara modus operandi yang digunakan oleh suspek untuk memperdaya mangsa adalah dengan menghantar sms/ whatsapp/membuat panggilan telefon dan menawarkan penjualan barang rampasan seperti TV, laptop, telefon bimbit berjenama, kamera digital dan lain-lain dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal.

Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu akan memindahkan sejumlah wang ke akaun suspek sebagai bayaran pendahuluan sebelum suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Nasihat PDRM:

  1. Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dahulu dengan agensi yang menawarkan tawaran jualan barangan murah.
  2. Jangan sesekali memasukkan wang ke mana-mana akaun sebelum membuat semakan terlebih dahulu.
  3. Jangan mudah mempercayai maklumat yang disebarkan melalui sms/ whatsapp dan media sosial tanpa usul periksa.
  4. Sentiasa membuat semakan tentang kes-kes penipuan atas talian yang telah berlaku dalam negara di internet.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI