Tambang Bas Sekolah Di Sabah Naik Bagi Sesi Persekolahan 2018?

TULAR:
757

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa tambang bas sekolah di Sabah bagi sesi persekolahan 2018 akan naik.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tidak menerima permohonan untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah daripada pengusaha di negeri ini bagi sesi persekolahan 2018.

Pengerusinya, Datuk Raimie Unggi, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang rungutan berkaitan kadar tambang itu.

Justeru, pihaknya akan mengekalkan kadar lama tambang sejak dikuatkuasakan pada 2009 dan mahu semua pengusaha mematuhinya.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI