Bomba Guna Pita Pelekat Baiki Jalan?

TULAR:
1147

PENJELASAN :

Jabatan Bomba memperjelaskan dakwaan bahwa pihak bomba menggunakan pita pelekat bagi membaiki jalan yang rosak sepertimana tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Jabatan Bomba penggunaan pita pelekat ialah untuk melihat pergerakan tanah. Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut. 

SUMBER :

Facebook Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI