Tukar Mykad Baru Untuk Subsidi Petrol?

TULAR:
660

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa rakyat perlu menukar kepada Mykad baru sekiranya ingin membeli petrol pada harga subsidi. Mereka yang tidak berbuat demikian akan perlu membeli petrol tanpa subsidi.

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA :

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, program tukar MyKad untuk dapat subsidi tidak pernah berlaku pada masa ini.

Untuk itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mempercayai maklumat palsu tersebut yang kini tersebar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), Facebook dan Whatsapp.

Beliau menjelaskan, pihak JPN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini untuk meminta orang ramai menukar MyKad kepada yang baharu bagi menikmati subsidi petrol.

SUMBER :

Facebook Polis IPD Padawan

MStar

Bernama 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI