KPDNKK Mohon Maaf dan Pulang Semula Barang Rampasan Syarikat YSLM?

TULAR:
506

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa KPDNKK akan memohon maaf dan memulangkan semula barang rampasan dalam serbuan yang dijalankan ke atas  premis syarikat jualan langsung, YSLM.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan permohonan maaf kepada satu syarikat jualan langsung di atas tindakan yang diambil terhadap syarikat itu. Malah, tindakan tegas akan diteruskan terhadap apa sahaja aktiviti yang melibatkan syarikat itu termasuk menahan pemilik bagi siasatan lanjut.

Kenyataan KPDNKK berbunyi, “Berita yang tersebar di laman sosial menyatakan KPDNKK memohon maaf serta akan memulangkan semula barangan yang dirampas kepada pihak YSLM adalah palsu.”

SUMBER:

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI