Bonus Rakyat Melaka (BRAM) Dilancarkan Ketua Menteri Melaka?

TULAR:
430

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Ketua Menteri Melaka telah melancarkan program Bonus Rakyat Melaka (BRAM) yang memberi RM750 kepada setiap rakyat negeri Melaka yang berusia 16 hingga 55 tahun dengan hanya perlu mengisi borang yang pautan yang disediakan.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Mesej yang tular kononnya penduduk negeri ini boleh mendapatkan Bonus Rakyat Melaka (BRAM) adalah tidak benar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan mesej yang menggunakan namanya itu sebagai satu fitnah.

Katanya,” Saya menafikan mesej tersebar melalui WhatsApp yang menggunakan nama saya sebagai Ketua Menteri Melaka melancarkan program BRAM.

SUMBER :

Bernama

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI