Program MyDaftar Beri Kerakyatan Kepada Warga Asing Untuk Pilihan Raya?

TULAR:
1192

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya, program MyDaftar yang telah dilancarkan sejak tahun 2011 bertujuan untuk memberi kerakyatan kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya.

Sumber gambar: Berita Harian.

SEBENARNYA:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan program MyDaftar yang telah dilancarkan sejak tahun 2011 bertujuan memberi kerakyatan kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Yazid Ramli, berkata pemberian taraf kerakyatan dibuat berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, selain menyifatkan dakwaan pihak tertentu bahawa JPN sewenang-wenangnya meluluskan taraf kerakyatan, tidak disertakan bukti kukuh.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI