KWSP Sekat Akaun Ahli Dalam Tempoh 24 Jam?

TULAR:
1085

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan mesej palsu yang mendakwa kononnya akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli akan disekat dalam tempoh 24 jam, melainkan ahli menghubungi nombor telefon yang tertera.

Sumber gambar : Laman Rasmi KWSP

Pihak KWSP menegaskan bahawa mesej ini adalah PALSU dan bukan dihantar oleh KWSP.

Mesej rasmi daripada KWSP akan memaparkan kod ringkas (shortcode) lima digit sebagai ID penghantar, dan tidak dihantar kepada ahli melalui nombor telefon bimbit peribadi.

SUMBER :

Laman web rasmi KWSP

Berita Harian

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI