BSN Tawarkan Kemudahan Dana Infaq Dan Solid Cash Kepada Bumiputra?

TULAR:
687

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menawarkan permohonan kemudahan Dana Infaq dan Solid Cash kepada golongan Bumiputra.

Gambar hiasan. Sumber : Radar Bangka

SEBENARNYA :

Bank Simpanan Nasional dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima penyebaran mesej “viral” mengenai permohonan kemudahan Dana Infaq dan Solid Cash yang ditawarkan kepada golongan Bumiputra.

Bagaimanapun, BSN ingin memaklumkan bahawa mesej ‘viral’ berkenaan adalah PALSU dan pihaknya tidak pernah menawarkan bentuk pinjaman dan simpanan yang seumpamanya.

Justeru itu, BSN amat prihatin atas setiap urusan perbankan para pelanggan dan menasihatkan agar anda sentiasa berwaspada serta merujuk kepada institusi kewangan yang berdaftar sahaja sebelum membuat sebarang transaksi terutama jika melibatkan pihak ketiga.

SUMBER :

Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI