Bungkusan Bertulis Bebola Daging Babi Dijual Dan Diletakkan Bersama Sayur Di Pasar Gemencheh?

TULAR:
1361

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan isu berkenaan sebuah bungkusan bertulis bebola daging babi dijual di pasar berkenaan dan diletakkan bersama-sama sayuran oleh seorang peniaga di Pasar Awam Gemencheh.

Sumber gambar: Facebook

Seorang peniaga di Pasar Awam Gemencheh, yang langsung tidak sensitif dalam isu makanan halal telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan.

Isu berkenaan mula disebarkan oleh seorang pengguna yang terkejut apabila mendapati sebuah bungkusan bertulis bebola daging babi dijual di pasar berkenaan dan diletakkan bersama-sama sayuran.

Menurut Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan, Ain ArjunaAziz Zaman, pihaknya telah membuat siasatan aduan di lokasi yang dinyatakan dalam sebaran maklumat melalui WhatsApp berkenaan.

“Pegawai kita telah turun padang ke lokasi yang dinyatakan dan mendapati premis menjual sayur berkenaan menyimpan secara bercampur produk tidak halal bersama-sama produk yang mempunyai sijil halal di dalam peti ais bagi tujuan perdagangan.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI