Menurut kenyataan media Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM):
Susulan kejadian bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh lebih kurang jam 11.06 pagi, 21 Oktober 2024 yang telah dikaitkan kemungkinan berpunca daripada dentuman “Sonic Boom” oleh pesawat pejuang, TUDM ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM yang dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut termasuk kejadian pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.