PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan notis peringatan kepada orang ramai agar membuka cermin kenderaan seluas 30 peratus sekiranya kenderaan mereka berjemur di bawah panas melebihi dua jam.
SEBENARNYA:
TNB menjelaskan bahawa tiada wargakerjanya mengeluarkan kenyataan yang kini ‘viral’ di laman sosial menasihatkan pemilik kenderaan mengenai langkah-langkah menghadapi cuaca panas ketika fenomena El Nino.
Kenyataan tersebut adalah palsu dan tiada warga kerja TNB seperti yang dinamakan dalam kenyataan berkenaan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan kenyataan tersebut.
SUMBER: