PENGKAJI Dilantik Urus Pendaftaran Pendatang Asing?

TULAR:
618

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (PENGKAJI) telah dilantik sebagai cawangan bagi proses pendaftaran dan penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau ‘Program Rehiring’.

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA :

Jabatan Imigresen menafikan bahawa Pertubuhan Pembangunan dan Kajian Insan Malaysia (PENGKAJI) dilantik sebagai cawangan untuk membuat pendaftaran dan penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau ‘Program Rehiring’.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melantik tiga syarikat sahaja bagi membantu jabatan itu mengendalikan Program Rehiring yang telah dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 15 Februari 2016.

Ketiga-tiga syarikat itu ialah Syarikat International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN) bagi menguruskan PATI warga Indonesia; Syarikat Bukti Megah Sdn Bhd menguruskan PATI warga Myanmar dan Konsortium PMF menguruskan PATI warganegara lain selain Indonesia dan Myanmar.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI