Coklat Kit Kat Mengandungi Alkohol ?

TULAR:
823

PENJELASAN :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperjelaskan dakwaan bahawa produk makanan Kit Kat mengandungi alkohol berdasarkan surat menyurat daripada pihak pengeluar sendiri, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Penang Kini.

Menurut Jakim, memang terdapat di pasaran Kit Kat yang dicampuri alkohol, namun ianya bukan untuk pengilangan dan pasaran Malaysia.

Jakim juga menjelaskan bahawa badan berkenaan tidak akan mengeluarkan pengesahan halal jika produk berkenaan terdapat alkohol.

SUMBER :

Bahagian Hab Halal Jakim

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI