PALSU :
Tular di media sosial mengenai dakwaan jenayah dimana kad perniagaan dicalit dadah sebelum diserahkan kepada seorang wanita di Setia Alam, Selangor.
Gambar Hiasan. Sumber : Google
SEBENARNYA :
Penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung dakwaan kad perniagaan dicalit dadah sebelum diserahkan kepada seorang wanita di Setia Alam, Selangor adalah tidak berasas.
Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini.
SUMBER :
Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia