Taktik Baru Pencuri, Buka Paip Air Pada Malam Hari?

TULAR:
1525

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa terdapat informasi berkenaan taktik terbaru pencuri untuk mengumpan mangsanya.

Gambar Hiasan. Sumber : Blogspot


SEBENARNYA :

Menurut pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung dakwaan taktik penjenayah yang mengumpan penghuni agar keluar untuk tutup paip air di kawasan luar rumah di Terengganu dan Selangor adalah tidak berasas.

Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes yang dimaksudkan.

SUMBER :

Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI