Sistem Insurans Pekerjaan Beri Bantuan Untuk Mereka Yang Berhenti Bekerja?

TULAR:
465

PENJELASAN:

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjelaskan lebih lanjut kekeliruan mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bertujuan membantu golongan yang kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Gambar hiasan. Sumber: MStar.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, SIP bertujuan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu, dan ia tidak terpakai kepada mereka yang berhenti kerja secara sukarela.

“Banyak yang keliru dan mengatakan SIP akan bayar faedah pemberhentian kerja. Sebenarnya SIP tidak ada kaitan dengan faedah pemberhentian kerja.”SIP hanya akan membayar bantuan kepada pekerja yang diberhentikan bukan secara sukarela untuk selama 6 bulan dengan bayaran purata setengah bulan gaji,” katanya.

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI