Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Rawatan Selepas Waktu Pejabat HKL Ditutup Sepenuhnya?

TULAR:
2448

PENJELASAN:

Hospital Kuala Lumpur (HKL) memperjelaskan persoalan bahawa Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Rawatan Selepas Waktu Pejabat (KRSWP) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan ditutup sepenuhnya sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Rawatan Selepas Waktu Pejabat (KRSWP) Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditutup sepenuhnya mulai 3 April 2017.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, dalam satu kenyataan berkata, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) di Jalan Flecther, berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Flecther, yang akan mula beroperasi pada tarikh sama.

“Semua perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini akan dipindahkan ke KKKL. KKKL bakal menjadi klinik kesihatan terbesar Malaysia,” katanya.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI