Pejabat MB Perak Tawar Pakej Haji RM39,500?

TULAR:
286

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa satu kumpulan yang bernama ‘Sahabat Pejabat Menteri Besar Perak’ menawarkan pakej selama 28 hingga 30 hari berharga RM39,500 termasuk penginapan di hotel bertaraf lima bintang di Mekah dan Madinah.

Gambar Hiasan. Sumber: Utara News.

SEBENARNYA :

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan pejabatnya tidak pernah menawarkan apa-apa pakej berkaitan haji seperti mana yang ditularkan di media sosial.

Beliau berkata, mesej yang ko­nonnya pejabat Menteri Besar menawarkan ‘Pakej Sahabat Daripada Pejabat MB Perak’ dengan harga RM39,500 tersebut adalah palsu.

SUMBER:

Bernama

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI