PENJELASAN :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa daging dari kambing yang disembelih dengan cara yang tidak menepati kaedah syarak adalah turut diimport ke negara ini.
Menurut JAKIM, melalui laman Hab Halal JAKIM, kelulusan kebenaran eksport daging ke Malaysia dari mana-mana rumah sembelih luar negara adalah dilakukan secara bersama antara pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan pihak JAKIM dengan penelitian dalam aspek SPS (Sanitary and Phytosanitary) dan juga aspek syarak.
Tambahnya, hanya rumah sembelih yang menepati keperluan SPS, Standard Halal Malaysia serta Protokol Daging Halal Malaysia akan diberi kelulusan mengeksportnya ke Malaysia. Video yang tersebar disyaki berlaku di kawasan penduduk bukan Islam di negara India dan sudah pasti tidak memenuhi kriteria untuk mengeksport daging ke Malaysia.
SUMBER :