Pesawat Ringan Terhempas Di Johor?

TULAR:
457

PENJELASAN :

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan laporan laporan berita bahawa sebuah pesawat ringan yang terhempas di Johor, sepertimana yang hangat diperkatakan di dalam media sosial.

Sumber Gambar: Bernama.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan sebuah pesawat ringan yang terhempas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai.

Pesawat ringan yang terhempas di atas jejambat yang belum beroperasi di Lebuhraya Nusajaya Pulai dilihat terbang semakin rendah sebelum melanggar besi tembok jejambat tersebut.

SUMBER :

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI