SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Perak:
Jabatan Kesihatan Negeri Perak mendapati terdapat penularan berita menerusi media sosial seperti di Facebook mengenai isu seorang Pegawai Polis berumur 50an dari Gerik yang telah meninggal dunia akibat komplikasi suntikan kedua vaksin. Hasil siasatan mendapati pegawai polis tersebut telah dirujuk dari Hospital Gerik ke Hospital Taiping. Pegawai Polis tersebut mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Semasa penerimaan vaksin Corminaty dos pertama pada 13 Mac 2021, pesakit tidak mengadu sebarang gejala, begitu juga selepas menerima vaksin dos kedua pada pagi 3 April 2021 jam 9 pagi, tiada bergejala selepas 30 minit pemerhatian.
Pegawai polis tersebut mengadu sakit pada waktu tengahari dan telah diberi rawatan awal di Hospital Gerik, seterusnya dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Taiping. Pesakit mengalami Myocardial Infarct (sakit jantung). Keadaan pesakit sekarang adalah stabil.
Orang ramai juga digesa supaya tidak menularkan sebarang berita yang belum sahih kerana dibimbangi menimbulkan kegusaran orang ramai.
SUMBER:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Facebook Rasmi Polis Daerah Gerik
Astro Awani
Bernama
Utusan Malaysia
Berita Harian