SEBENARNYA:
Menurut kenyataan DYMM Sultan Johor:
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang terus disebarkan di dalam gambar ini.
Ini adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
DYMM Sultan Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office.
Berita terdahulu:
a. November 2021
b. Ogos 2021
c. September 2015
SUMBER:
Facebook Rasmi DYMM Sultan Johor
Instagram Rasmi DYMM Sultan Johor
Berita Harian